Tambah Pendapatan Jom !

Saturday, January 29, 2011

Nak tau cerita tak?

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim.....Alhamdulillah dapat lagi Halida kemaskini blog ini.Sekali lagi Halida ingin memperkenalkan mengenai pola.Sesape yg ingin menempah pola di alu2kan.

Pola ialah kepingan bentuk pakaian yg di buat pd kertas serta mengikut style yg di reka.Lakaran pakaian,ukuran badan dan ciri2 style pakaian adalah utama yg diperlukan untuk membuat pola.Pola blok adalah pola asas yg telah siap di buat untuk penyesuaian atau tujuan pola mengikut style pakaian.

Garis leher merupakan bahagian pakaian yang penting.Garis leher boleh menjadikan pakaian kelihatan lebih menarik jika di hias dengan pelbagai hiasan yang sesuai.Kolar pula adalah satu kaedah menyudahkan garis leher.Kolar boleh di draf dengan pelbagai bentuk dan saiz yang bersesuaian dengan badan dan jenis pakaian.

Ini adalah contoh kolar kemeja yg telah di hasilkan oleh Halida.




Kemeja ialah sehelai pakaian atasan.Pakaian ini mula di pakai pada tahun 1860.Kemeja boleh di reka dengan pelbagai garis gaya dan boleh di pakai secara formal atau kasual.Kemeja amat sesuai di padankan dengan skirt,skirt berseluar dan slek.


Ini pula adalah contoh2 kaf tangan.Kaf juga boleh di buat mengikut kesesuaian yang di inginkan.Kaf boleh di buat dalam pelbagai bentuk dan saiz.







Hehehe....Inilah yang dapat Halida tunjukkan dulu.Nanti Halida akan tunjukkan rekaan dan fesyen yang lain pula.Jangan lupa selalu2 la jengok blog Halida ye...Halida akan update blog dari masa kesemasa.TUNGGUUUUU YE.....

Jika ingin membuat tempahan pola dan baju sila hubungi O17-2277748 atau email ke Norhalida79@gmail.com


No comments:

Post a Comment