Tambah Pendapatan Jom !

Thursday, September 8, 2011

Kembali Kepada Penciptanya

Asalamualaikum....Selamat Hari raya.....Saya Suami kepada Norhalida ingin memaklumkan bahawa Norhalida telah kembali ke Rahmatullah pada 1/9/2011 bersamaan 3 syawal akibat sakit kanser.....Kepada para pelanggan yang sentiasa membuat panggilan dan mesej untuk membuat tempahan saya memohon maaf kerana tidak melayan panggilan dan mesej tersebut....Di sini saya Maklumkan bahawa segala urusan dalam blog ini telah di TAMATkan serta Merta.......Dan kepada yang mengunjungi blog ini harap dapat sedekah AL-Fatihah buat Arwah Norhalida Bte Mohrim.....Sekiranya arwah ada melakukan kesalahan atau ketidakpuasan dalam perkhidmatannya harap dapat maafkan.....Semoga Allah memelihara rohnya dengan aman disana......

Al-Fatihah

Friday, June 24, 2011

TELEKUNG KANAK-KANAK

Alhamdulillah....siap jugak telekung si kecil saya.U all rasa lah...pattern bahagian muka,dagu dan tali tu
cantik tak....biasanya,orang hiaskan telekung dengan renda kan...tapi,saya ubah pattern itu 
dengan di hiasi kun/lis...klu nak ikutkan modal untuk kun pun tak mahal sangat berbanding dengan renda.
Buat pengetahuan u all semua...telekung ni klu kita pakai memang selesa di bahagian mukanya.Sebab,
tak payah nak guna anak telekung atau scarf..rambut pun tak nampak,tutup bawah dagu sekali.Telekung ni bukan untuk kanak2 saje untuk dewasa juga sy dah buat.Tp,,,sy cuma pamerkan contoh pd model anak sy saje.

Telekung ni saya hasilkan dari fabrik kain jeysey.Guna kain ape2 pun boleh juga yg penting 
sesuai untuk di buat solat.

Jika anda berminat nak tempah dengan sy di alu2kan.Cuma sy nak tahu ukuran muka anda
dan labuh yang dikehendaki.




















Maaf ye...gambar tak berapa clear...